“The peak of controversy ever in FAM”
FRU vs Ultras Malaya |
ohhh yeah |
never ending chants... |
Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, dikenakan hukuman gantung(banned) selama 30 bulan dari sebarang aktiviti FAM dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang bermula 4 April 2012 lalu. Beliau dijatuhkan hukuman kerana mengkritik FAM dan Skuad bola sepak Negara secara terbuka di media. Perkara ini berlaku kerana beliau yang sebagai Timbalan Presiden (vice president) FAM terikat pada undang-undang dalam FAM no 88.- ulasan akbhar tempatan.
Kesempatan beberapa hari cuti selepas peperiksaan akhir dalam bidang perubatan (final year) di Indonesia, menyebabkan saya bertekad nak turun perhimpunan Merah 404 yang diadakan di wisma FAM di Petaling Jaya. Saya bukan turun untuk berdemo membabi buta, tapi lebih untuk menganalisis, merakamkan dan menyingkap segala situasi-situasi disana. Kalau nak banding dengan sikap pendemo atau ahli demontrasi negara Malaysia dengan negara seberang,terlalu jauh beza, mereka lebih “hardcore” dan berani sampai institusi PSSI (Persatuan Sepak Bola Indonesia) mereka sering merasa gugup dan takut dengan rakyat. Walaupun golongan-golongan demonstran ini sering diperalatkan duit dan parti politik tertentu, tapi kita tahu, tidak ada rakyat yang mahu lihat maruah negara mereka tercalar dalam setiap bidang sukan, terutama bola sepak.
And yes this is my first attempt in journalism photography. Hopefully I can take it as my second degree, Journalistic.
Pada pandangan saya, keputusan telah pun dibuat, nothing we can do because of “you-know-who” still on top of that. Too high to fight, too high to protest. Selagi mereka di atas, memang susah la, dan selagi tu lah Bola Sepak kita masih di takuk yang lama. Selagi tulah kita tengok skuad Negara main bola mcm main petang. Bukan masalah akar umbi lagi dah sekarang, tapi kalau “pack leader” pun bersifat sombong, tidak mahu menerima kritikan dan teguran dari orang lain, kelak binasalah persatuan ini, justeru jangan terkejut kalau bola sepak kita hanya jadi JAGUH KAMPUNG, hanya mampu menang AFF dan SEA Games sahaja.
Kalau kita baca surat khabar Utusan, punyalah mengampu tuan Presiden, memang takda wawasan betul la Utusan Malaysia.
“Tiada siapa di Malaysia yang begitu komited kepada pembangunan bola sepak sebagaimana yang telah dibuktikan oleh S***** A**** S***. Hargailah.”
Pendapat saya, selagi ada surat khabar macam ni dan ada orang-orang macam ni dibawah Raja-Raja Melayu, atau perdana menteri hatta pembangkang atau kerajaan, selagi itu lah sesuatu institusi akan terus gagal. Golongan penjilat-penjilat akan terus mengaburi orang di atas akan kesilapan yang terang-terang didepan mata, itu suatu kerugian. Boleh buka buku sejarah, lihat hampir semua empayar-empayar termasyhur didunia tumbang kerana kesombongan dan golongan penjilat seperti ini.
Bukan setakat wisma ini harus diubah, tetapi sistem yang digunakan pakai yang terlalu monarki harus diganti dengan sistem yang lebih mesra rakyat, sebab bola sepak Harimau Malaya milik rakyat Malaysia!!
siap siaga |
penuh wartawan |
they chants for president step down |
TRW (The Red Warrior) |
Ultras Kelantan |
Yes, Berjuang Demi Malaysia |
-end-
#mencari demonstrasi seterusnya...hehe..BERSIH 3.0?
No comments:
Post a Comment